13.4.2014
Lawatan dari pihak Kedutaan Itali ke Masjid Wilayah Persekutuan.
5.3.2014
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima lawatan rasmi dari Masjid Kariah Teriang Kuala Klawang Negeri Sembilan. Rombongan yang diketuai oleh Tuan Hj.Mahadi Abdul Rahman, Nazir Masjid Kariah Teriang Kuala Klawang telah disambut oleh pegawai-pegawai dari cawangan Kebajikan dan Sosial MWPKL bertempat di Anjung B dan diiringi ke Dewan Muslimat bagi sesi taklimat lawatan. Yg.Bhg. Tuan Hj. Zakariah bin Isa turut hadir pada majlis tersebut bagi menyampaikan ucapan aluan kepada pihak rombongan.
15.11.2013
Lawatan dari Sekolah Pendidikan Islam KAFA/KBA Pusat Islam Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.
23.1.2020
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah kepada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1441H bertempat di dewan serbaguna pada 21 hingga 23 Januari 2020.
17.1.2020
Majlis Pelancaran Klinik Guaman Syarie MWPKL telah disempurnakan oleh Yg.Brs Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI bertempat di dewan serbaguna MWPKL bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Warga JAWI Bil 1 / 2020.