Lawatan dari Jabatan Agama Islam Sarawak bertempat di dewan muslimin
9 Mei 2016 bersamaan 2 Syaaban 1437H (Isnin) - Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah menerima Lawatan Kerja Dan Kembara Mahabbah Imam-Imam Masjid Bandar Dan Jajahan Kelantan seramai 40 orang peserta yang diketuai oleh Us.Mohamad Hanafizi b. Abdullah, Imam BesarMasjid Bandar Kelantan. Kehadiran rombongan telah disambut oleh Yg.brs Us.Mohd Zamri b. Abdul Halim, Penolong Pengarah Cawangan Pengimarahan MWPKL bersama beberapa orang pegawai masjid bertempat didewan jamuan muslimat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan Oleh:
Admin, Masjid Wilayah Persekutuan.
9.9.2014
Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Lawatan Mahabah Bil Hal Ke Hospital Kajang Selangor. Rombongan lawatan diketuai oleh Tuan Hj. Zakariah bin Isa, Imam Besar MWPKL bersama-sama pegawai dan kakitangan MWPKL. Rombongan telah disambut dan diberi taklimat lawatan oleh Dr Md.Fikri bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Kajang sebelum acara diteruskan dengan menyampaikan saguhati kepada pesakit-pesakit yang berada di wad-wad terpilih.
18.6.2014
Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan Mahabah Bil Hal Siri ke 2 / 2014 ke Hospital Serdang. Rombongan lawatan diketuai oleh Tuan Hj. Zakariah bin Isa, Imam Besar MWPKL bersama-sama pegawai dan kakitangan MWPKL. Turut hadir menyertai lawatan tersebut ialah Tuan Hj. Ahmad Naza bin Salleh, Ahli Jawatankuasa Pentadbiran MWPKL
23.4.2014
Lawatan dari Wanita Pertama Albania, Odeta Nishani ke Masjid Wilayah Persekutuan.