21.5.2017
Program Aqiqah Perdana MWPKL yang diurusetiakan oleh Cawangan Pengimarahan MWPKL telah diadakan di perkarangan parkir Anjung A. Sebanyak 12 ekor kambing dan seekor lembu telah diuruskan secara gotong-royong oleh kakitangan dan jemaah MWPKL. Program telah hadiri oleh Pengarah JAWI, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari
19.5.2017
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima kehadiran hakim-hakim Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa untuk bersolat Jumaat diiringi oleh Yg.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM. Ketibaan rombongan telah disambut oleh Tuan Haji Zakariah bin Isa dan pegawai-pegawai MWPKL di Anjung A.
18.5.2017
Program Daurah Kitab Al-Fiqh Al-Manhaj “Bab Puasa” sempena Sayyidul Ayyam anjuran Cawangan Pengimarahan MWPKL telah berlangsung di dewan solat utama. Pengajian telah dibimbing oleh Us.Sharaf Bajuri dengan anggaran penyertaan seramai 100 orang peserta.
26.4.2017
Seminar Keluarga Bahagia "Erti Poligami Dalam Perspektif Islam" anjuran Cawangan Pengimarahan MWPKL telah berlangsung di dewan serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan penyertaan seramai 300 orang peserta.
9.3.2017
Daurah Kitab Sirah Nabawiyah anjuran Cawangan Pengimarahan MWPKL telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Dewan Solat Utama dengan kehadiran seramai 150 orang peserta. Daurah kitab tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni.