28.8.2018
Pejabat Kesihatan Daerah Kepong dengan kerjasama Cawangan Perhubungan dan Keurusetiaan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Program Mquit dan Konspen Plus bertempat di dewan muslimat dengan kehadiran seramai 50 orang peserta
22.8.2018
Program korban sempena sambutan Aidiladha 1439H anjuran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan di perkarangan anjung A selepas solat sunat Aidiladha berjemaah.
17.8.2018
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (MWP) menerusi Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) dengan kerjasama Persekutuan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) telah menganjurkan Program Aktiviti Disayangi Siri 4/2018 – Majlis Kesyukuran & Ziarah Mahabbah Bersama Masyarakat Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali Selangor.
9.8.2018
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menerusi Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) telah menganjurkan Program Ziarah Mahabbah Masjid Wilayah Persekutuan Ke Hospital Sg. Buloh.
12.7.2018
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (MWP) menerusi Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) telah menganjurkan Program Aktiviti Disayangi Siri 3/2018 – Majlis Mahabbah Aidil Fitri Bersama Madrasah Tahfiz Hashimiah, Pusat Bandar Utara Selayang.