28.8.2019
Pelancaran Program My Best Buy dan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) @ Masjid Wilayah Persekutuan anjuran FAMA dan Masjid Wilayah Persekutuan telah diadakan di perkarangan Anjung C.
8.3.2019
Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bil 1/2019 telah bersidang di bilik mesyuarat Al-Khawarizmi dan dipengerusikan oleh Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM. Mesyuarat tersebut membincangkan dan meneliti kertas-kertas cadangan yang dipohon oleh pihak pentadbiran MWPKL untuk mendapat kelulusan ahli jawatankuasa.
5.3.2019
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjadi urus setia induk Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) bersama YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di dewan serbaguna. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Yg Brs Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI sebelum ucapan dari YB Timbalan Menteri kepada kakitangan JAWI yang hadir.
26.2.2019
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah kepada Majlis Pelancaran Standard Penarafan Masjid dan Penyampaian Watiqah Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran bahagian Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr.Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
12.2.2019
Ceramah Perdana dengan tajuk ‘Peringatan Akhir Zaman’ bersama Ustaz Abdul Somad Lc. MA telah berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan anggaran kehadiran seramai 4,000 orang jemaah. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yg.Brs Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan diteruskan dengan sesi ceramah oleh Ustaz Abdul Somad.