1.2.2021
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Forum Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara langsung melalui FB dan Youtube rasmi JAWI.
Tiga orang personaliti telah dijemput bagi menjayakan forum yang bertajuk ‘Kota Bercahaya’ iaitu Us.Haji Mohd Amri bin Abdullah sebagai moderator dan dua ahli panel iaitu Ybhg Datuk Dr. Haji Zahazan bin Mohamed dan Ybhg Prof Madya Dr.Sharifah Hayati binti Syed Ismail. Ybhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI yang diringi oleh Yg.brs Tuan Haji Muhyidin bin Aziz, Imam Besar MWPKL turut hadir semasa forum tersebut berlangsung.
19.2.2021
19 FEBRUARI 2021 / 07 REJAB 1442H (JUMAAT), Seramai 33 keluarga ibu tunggal di sekitar Flat Fasa 8 & 9 Bandar Baru Sentul telah menerima bantuan berbentuk barangan keperluan asas daripada Bait Al-Rizq Masjid Wilayah Persekutuan.
Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan ini adalah YBrs. Tuan Haji Muhyidin bin Aziz @ Saari, Imam Besar MWP dan YBhg. Datuk Haji Abdul Razak, Pengerusi KRT Bandar Baru Sentul Fasa 8 & 9. Jumlah sumbangan yang diberikan adalah bernilai RM100 bagi setiap keluarga. Penyampaian sumbangan ini merupakan salah satu aktiviti dibawah Mosque Care Programme dalam Pelan Pengimarahan Masjid Wilayah Persekutuan.
Semoga usaha ini dapat menanamkan sikap prihatin dan menyemaikan rasa kasih sayang dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
26.2.2021
Seramai 3,221 orang jemaah telah hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan memenuhi ruang Solat Utama aras 3, 4 dan ruang legar aras 3 masjid mengikut SOP yang telah ditetapkan.
YBhg Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ) bersama YBhg Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) turut sama menunaikan solat Jumaat bersama jemaah yang hadir. Khutbah bertajuk “Malaysia Perihatin Peranan Bersama” telah disampaikan oleh Khatib dan Imam bertugas Yg,brs Ustaz Zulkifli bin Salleh. Beliau juga turut mengimamkan solat sunat memohon agar negara bebas dari wabak Covid 19 sejurus selepas selesai solat Jumaat.
![]() |
![]() |
![]() |
26.2.2021
26 FEBRUARI 2021 / 14 REJAB 1442H (JUMAAT), Seramai 100 keluarga ahli PROFIMA turut mendapat perhatian daripada Bait Al-Rizq MWP, JAWI.
Setiap keluarga telah menerima bantuan berbentuk barangan keperluan asas bernilai RM100 bagi setiap keluarga. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Muhyidin bin Aziz @ Saari, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan. Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan ini adalah YBhg. Datuk Noor Sheena Mohd Maideen, Pengerusi MyCar yang merupakan penyumbang utama bersama dengan MWP. Penyampaian sumbangan ini merupakan salah satu aktiviti dibawah Mosque Care Programme dalam Pelan Pengimarahan Masjid Wilayah Persekutuan.
Semoga usaha ini dapat menanamkan sikap prihatin dan menyemaikan rasa kasih sayang dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
5.9.2019
Forum Perdana sempena sambutan Maal Hijrah 1441 dan Hari Kebangsaan 2019 telah dianjurkan oleh Cawangan Pengimarahan MWPKL bertempat di dewan solat utama