21.12.2021
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Mosque Care Programme bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan makanan sarapan pagi serta bantuan barangan kebersihan diri dan kelengkapan ibadah kepada penduduk-penduduk yang terkesan akibat tanah runtuh di Kampung Sungai Penchala, Jalan Damansara, Kuala Lumpur.
Majlis dimulakan pada jam 7.45 pagi dengan ucapan aluan pengacara majlis dan doa, Seterusnya ucapan daripada YBhg. Tan Sri Dr. Hj Mohd Daud Bakar (Pengerusi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP). Turut Hadir YBhg. Datuk Hj Mohd Ajib bin Ismail (Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI), YBhg. Tuan Haji Muhyidin bin Sa’ari@Aziz (Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan) dan Tuan Haji Mohd Ali b Jaafar (Pengerusi Masjlis Perwakilan Penduduk Kg Sg Penchala) bagi mengiringi Pengerusi MAIWP.
250 orang mangsa yang terlibat akibat tanah runtuh telah menerima sumbangan daripada Masjid Wilayah Persekutuan, JAWI Food Bank dan Sahabat MAIWP berupa makanan sarapan pagi dan alatan kelengkapan kebersihan seperti ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, lampin pakai buang, toto, kain pelikat, kain batik dan sebagainya.
Semoga mangsa-mangsa yang terlibat akibat tanah runtuh serta banjir di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sabar di atas ujian ini serta dipermudahkan segala urusan mereka.
20.11.2021
Kuliah Maghrib Perdana " Kitab Anak Kunci Syurga" bersama Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus telah berlangsung di dewan solat utama. Turut hadir Yg. Brs Haji Muhyidin bin Aziz, Imam Besar MWPKL. Jumlah kehadiran pada majlis tersebut dianggarkan seramai 600 orang jemaah. Kuliah tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab dan berakhir selepas solat Isyak.
13.11.2021
Majlis Perasmian Program Jilsah Ulama 2021/2022 telah berlangsung di dewan serbaguna MWPKL dengan anggaran kehadiran seramai 200 orang peserta. Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI manakala ucapan perasmian dan gimmick pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Rohimi b. Wan Daud, Setiausaha Politik YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Sejurus selepas majlis perasmian, program pengajian dimulakan dengan mukadimah oleh Mursyid Utama iaitu YBhg Dato’ Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad.
6.9.2019
Program Aktiviti Disayangi Siri 4/2019 telah diadakan di Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni di Kg. Paya Jaras, Sg.Buloh Selangor anjuran cawangan Kebajikan dan Sosial MWPKL.
30.1.2021
Wilayah Persekutuan Bermunajat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas solat maghrib bertempat di Dewan Solat Utama.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama ) dan YB Tan Sri TPr Anuar Hj. Musa, Menteri Wilayah Persekutuan. Bacaan Yasin dan Zikir Munajat pada majlis tersebut telah dibimbing oleh Tuan Haji Muhyidin Bin Aziz, Imam Besar MWPKL dan disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi JAWI dan MWPKL.