17 FEBRUARI 2023M | 26 REJAB 1444H (JUMAAT) – Ceramah Perdana sempena dengan sambutan Israk Mikraj 2023 dengan tema ‘Ibrah dan Hikmah Perjalanan Agung Baginda Nabi Muhammad SAW’ telah berlangsung di dewan solat utama MWPKL selepas solat maghrib berjemaah. Ybhg Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias Al Hafiz telah dijemput bagi menjayakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Ybrs Ustaz Rozimi bin Zamri, Imam Besar MWPKL.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
3 FEBRUARI 2023M | 12 REJAB 1444H (JUMAAT) – Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima kunjungan muhibbah Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam Brunei. Delegasi yang diketuai oleh Yang Mulia Pengiran Dato' Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam yang disertai 9 orang pegawai telah disambut oleh Ybrs Haji Rozimi bin Zamri, Imam Besar, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. diringi pegawai-pegawai MWPKL. Delegasi tersebut juga turut menunaikan Solat Jumaat yang diimamkan oleh Ybrs Dr.Khalid bin Isa, Imam Kanan, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
18 JANUARI 2023M | 25 JAMADILAKHIR 1444H (RABU) – Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bil.1.2023 telah dipengerusikan oleh Ybhg. Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kehadiran 10 orang ahli jawatankuasa bagi membincangkan dan meneliti kertas-kertas cadangan perancangan program dan aktiviti oleh pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2023.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Tuan Haji Rozimi bin Zamri merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pentadbiran MWPKL.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
17 JANUARI 2023M | 24 JAMADILAKHIR 1444H (SELASA) – Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) melalui Cawangan Khidmat Sosial dan Kebajikan (CKS) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur (MJSASKL). Objektif lawatan ini bertujuan untuk menjalin ukhuwwah dan menimba ilmu serta pengalaman dalam rangka perkongsian maklumat berkaitan “Pengurusan Pelancongan Masjid”.
Lawatan ini diketuai oleh Imam Besar MWP, YBrs. Ustaz Rozimi bin Zamri, Ustaz Syapol Ma’arof bin Mohd, selaku Penolong Pengarah Kanan CKS, kakitangan dan sukarelawan masjid. Ketibaan kami disambut oleh Ustaz Ahmad Nizzam bin Rasali, Timbalan Naqib dan Ustaz Muhd Fitri Azim bin Zulkifli, Ketua Unit Pelancongan MJSASKL. Ahli-ahli rombongan dibawa melawat sekitar masjid dan diberi penerangan berkaitan pelancongan, sejarah dan senibina masjid.
Semoga jalinan ukhuwwah ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
16 JANUARI 2023M | 23 JAMADILAKHIR 1444H (ISNIN) – Majlis Taklimat dan Pembukaan Kelas Pengajian Dewasa Sesi Tahun 2023 telah disempurnakan dengan ucapan aluan oleh Ybrs Tuan Haji Rozimi bin Zamri, Imam Besar MWPKL bertempat di dewan jamuan selepas solat Maghrib.
Pada majlis tersebut beliau yang diiringi Ybrs Dr. Khalid bin Isa, Penolong Pengarah Kanan Unit Kelas Pengajian turut menyampaikan surat lantikan kepada guru-guru yang telah dilantik sebagai tenaga pengajar.
Sesi taklimat kepada pelajar-pelajar telah disampaikan oleh Ustaz Jeffri bin Bujang. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mengikuti kelas pengajian pada sesi kali ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.