18.6.2014
Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan Mahabah Bil Hal Siri ke 2 / 2014 ke Hospital Serdang. Rombongan lawatan diketuai oleh Tuan Hj. Zakariah bin Isa, Imam Besar MWPKL bersama-sama pegawai dan kakitangan MWPKL. Turut hadir menyertai lawatan tersebut ialah Tuan Hj. Ahmad Naza bin Salleh, Ahli Jawatankuasa Pentadbiran MWPKL
23.4.2014
Lawatan dari Wanita Pertama Albania, Odeta Nishani ke Masjid Wilayah Persekutuan.
13.4.2014
Lawatan dari pihak Kedutaan Itali ke Masjid Wilayah Persekutuan.
5.3.2014
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima lawatan rasmi dari Masjid Kariah Teriang Kuala Klawang Negeri Sembilan. Rombongan yang diketuai oleh Tuan Hj.Mahadi Abdul Rahman, Nazir Masjid Kariah Teriang Kuala Klawang telah disambut oleh pegawai-pegawai dari cawangan Kebajikan dan Sosial MWPKL bertempat di Anjung B dan diiringi ke Dewan Muslimat bagi sesi taklimat lawatan. Yg.Bhg. Tuan Hj. Zakariah bin Isa turut hadir pada majlis tersebut bagi menyampaikan ucapan aluan kepada pihak rombongan.
15.11.2013
Lawatan dari Sekolah Pendidikan Islam KAFA/KBA Pusat Islam Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.