5.4.2019
Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muqarrabin Gong Kepas Besut, Terrengganu dengan kerjasama Lienadia Groups ( Ekspress Perdana ) telah mengadakan lawatan ke Masjid Wilayah Persekutuan. Ketibaan rombongan seramai 40 orang yang terdiri dari gabungan ahli-ahli jawatankuasa 10 buah masjid di Besut telah disambut di dewan jamuan oleh Us.Mohd Zuhairee bin Mohd Yatim, Penolong Pengarah Kanan Unit Perhubungan dan Keurusetiaan.
Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan kerja Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid Mahmoodi dari Bachok, Kelantan yang terdiri seramai 35 orang peserta.
5.12.2017
Jawatankuasa Pengurusan Masjid Bahagian Serian dan Ketua Kaum dari Sarawak yang terdiri seramai 35 orang peserta telah mengadakan lawatan kerja penanda aras ke Masjid Wilayah Persekutuan.

6.10.2017
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima lawatan sambil belajar dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI sempena Kursus Intensif Fardu Ain Saudara Baru yang diketuai oleh Ustazah Maizurah bt Shamsuddin, KPP Cawangan Saudara Muslim Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.
19.9.2017
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) telah mengadakan ziarah mahabbah ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berikutan tragedi kebakaran yang berlaku pada 14 September 2017 yang telah meragut nyawa seramai 21 orang pelajar dan 2 orang guru.