29.6.2020
Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bil 2.2020 telah diadakan di bilik mesyuarat Al-Khawarizmi dan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
25.6.2020
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Ampun Kurnia Kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
24.6.2020
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah bagi Round Table Discussion (RTD) Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan yang bertempat di dewan jamuan muslimin.
19.6.2020
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Solat Jumaat yang pertama sejak ditutup apabila arahan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) diumumkan oleh pihak kerajaan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.
30.4.2020
Sesi Nota Serah Tugas Imam Besar diantara Tuan Haji Ehsan bin Mohd Hosni dan Tuan Haji Muhyidin bin Aziz@Saari yang dilantik menggantikan beliau telah diadakan secara ringkas di bilik mesyuarat Al-Khawarizmi. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Tuan Haji Ehsan bin Mohd Hosni diatas khidmat beliau sebagai Imam Besar MWPKL.