26.4.2017
Seminar Keluarga Bahagia "Erti Poligami Dalam Perspektif Islam" anjuran Cawangan Pengimarahan MWPKL telah berlangsung di dewan serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan penyertaan seramai 300 orang peserta.
9.3.2017
Daurah Kitab Sirah Nabawiyah anjuran Cawangan Pengimarahan MWPKL telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Dewan Solat Utama dengan kehadiran seramai 150 orang peserta. Daurah kitab tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni.
1 & 2 Mac 2017 bersamaan 2 & 3 Jamadil Akhir 1438H (Rabu & Khamis) - Masjid Wilayah telah mengadakan Program Bedah Buku Kitab As-Syamail Al-Muhammadiyah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli M. Razali.
23.2.2017
Seminar Didik Anak Cara Nabi anjuran Cawangan Pengimarahan MWPKL telah berlangsung di dewan serbaguna MWPKL dengan kehadiran 500 orang peserta. Ceramah telah disampaikan oleh Us.Fadli Aziz dan Ustazah Isfadiah, Personaliti TV Al Hijrah.
21 Februari 2017 bersamaan 24 Jamadil Awal 1438H (Selasa) - Cawangan Kebajikan dan Sosial, Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kuliah Bulanan Tafsir Lin-NISA'.