12.2.2019
Ceramah Perdana dengan tajuk ‘Peringatan Akhir Zaman’ bersama Ustaz Abdul Somad Lc. MA telah berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan anggaran kehadiran seramai 4,000 orang jemaah. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yg.Brs Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan diteruskan dengan sesi ceramah oleh Ustaz Abdul Somad.
11.2.2019
Majlis Pelancaran Kelas-Kelas Pengajian Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Yg.Brs Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI bertempat di dewan serbaguna dengan kehadiran seramai 200 orang yang terdiri dari guru-guru, penceramah-penceramah dan pelajar-pelajar pengajian kelas dewasa dan kanak-kanak.
9.2.2019
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Pertandingan Memanah Piala Masjid Wilayah Persekutuan 2019 bertempat di perkarangan Laman Hidayah dengan penyertaan sebanyak 100 orang melibatkan peserta dewasa dan kanak-kanak.

29.1.2019
Program FAM Trip & Briefing : Federal Territory Mosque Kuala Lumpur anjuran Masjid Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Islamic Tour Centre ITC telah disempurnakan oleh Yg. Brs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan diiringi Us. Mohd Zamri bin Abdul Halim mewakili MWPKL dan En. Zain Azrai wakil ITC bertempat di dewan jamuan.
17.1.2019
Kongres Ekonomi dan Pengimarahan Masjid Peringkat Wilayah Persekutuan 2019/1440H anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr.Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) bertempat di Dewan Serbaguna.