Kuala Lumpur,Putrajaya
3 Zulkaedah 1446  |  01 May 2025
05:43
Imsak
05:53
Subuh
07:28
Dhuha
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Prosedur Aktiviti Penggambaran Ilmiah

SYARAT DAN GARIS PANDUAN AKTIVITI PENGGAMBARAN BAGI TUJUAN ILMIAH DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

CONDITION & GUIDELINES FOR FILMING ACTIVITIES FOR ACADEMIC PURPOSES AT FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR MOSQUE

1.

Suatu permohonan/ surat pengesahan fakulti dari universiti / sekolah yang berkenaan bagi tugasan membuat  kajian / penggambaran hendaklah dihantar kepada pihak pengurusan masjid sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh penggambaran dibuat.

 

An application / approval letter from the relevant university faculty for filming assignments / research must be submitted to the management of the mosque at least 1 week before the shooting activities made.

 

2.

Segala bahan, skrip dan jalan cerita hendaklah dipastikan tidak bercanggah dengan maklumat sebenar dan tidak menyentuh sensitiviti agama dan berbaur perkauman.

 

The information(s), script(s) and storyboard(s) should be determined not in conflict with the actual information and not religious insensitivity and racism.

 

3.

Para pelajar yang terlibat hendaklah berpakaian secara sopan pada setiap masa mengikut tatacara pemakaian di masjid dan elakkan daripada memakai pakaian yang terdedah atau menjolok mata. Pengenalan diri/pas syarikat hendaklah senantiasa dipamerkan semasa di lokasi.

 

The student(s) involved must be decently dressed at all times with proper attire within mosque premises and they are prohibited from wearing revealing or skimpy attires. They must also display their student(s) identification tags when at site.

 

4.

Tidak menyiarkan lagu dan bunyi-bunyian yang terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam.

 

Loud music and sound that may disturb the public is not allowed.

 

5.

Tidak mengganggu jemaah yang beribadat di masjid. Sekiranya aktiviti ini didapati mengganggu jemaah, pihak pengurusan dan pengawal keselamatan berhak untuk menegur serta melarang aktiviti yang berkaitan.

 

Do not disturb the congregation of worship activities in the mosque. If these activities are found to interfere with the congregation, the management and security guards has the right to rebuke and forbid those activities.

 

6.

Tidak mengalih atau merosakkan sebarang harta awam, bunga atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekitar lokasi penggambaran.

 

Not removing or damaging any public property, flowers or plants found within the vicinity of the filming location (mosque courtyard & facilities).

 

7.

Lokasi hendaklah dibersihkan setelah tamat aktiviti penggambaran dan tidak meninggalkan sebarang kekotoran atau sampah.

 

The location shall be cleaned up after filming and no rubbish is to be left behind.

 

8.

Sekiranya perlu, surat kebenaran penggambaran yang dikeluarkan oleh pengurusan masjid / Perbadanan hendaklah ditunjukkan apabila diminta oleh mana-mana pegawai penguatkuasa untuk tujuan pemeriksaan.

 

If necessary, the letter of approval for filming issued by management of the mosque / Perbadanan shall be produced for inspection upon request by any Federal Territory Of Kuala Lumpur Mosque officer(s) during the filming.

 

9.

Penggambaran hanya dibenarkan di lokasi yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan masjid dan hendaklah dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan.

 

Filming is only allowed at location(s) approved by mosque management and shall be carried out within the stipulated time.

 

10.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhak menarik balik kebenaran yang telah diluluskan tanpa memberikan sebarang alasan atau notis terlebih dahulu.

 

Visitors are forbidden to remove or damage any public property, flowers or plants are found along the visit.

 

11.

Pihak Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah dimaklumkan terhadap sebarang pindaan mengenai tarikh, masa, tempat atau pembatalan aktiviti penggambaran.

 

The management of Federal Territory Of Kuala Lumpur Mosque shall be informed of any change relating to date, time, location or cancellations of filming activity.

 

12.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kecederaan, kehilangan nyawa, kerosakan peralatan atau kos tambahan yang ditanggung semasa membuatpenggambaran yang disebabkan oleh kecuaian pembuat filem atau mana-mana pihak ketiga.

 

Federal Territory Of Kuala Lumpur Mosque shall not be liable for any injury, loss of life, damage to equipment or extra cost incurred during film shooting to negligence of the film maker or any third party.

 

13.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhak untuk meminda syarat dan garis panduan penggambaran dari semasa ke semasa.

 

Federal Territory Of Kuala Lumpur Mosque has the right to amend the condition and guidelines of filming from time to time.

 

14.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhak membuat tuntutan ganti rugi tehadap sebarang kerosakan yang berlaku sepanjang penggunaan tempat untuk tujuan penggambaran.

 

Federal Territory Of Kuala Lumpur Mosque has the right to make claims for damage incurred during/due to the use of locations for filming.