Hits: 3075
Solat Jumaat Pertama di Masjid Wilayah Persekutuan sejak tempoh PKP
Hits: 3075
19.6.2020
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Solat Jumaat yang pertama sejak ditutup apabila arahan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) diumumkan oleh pihak kerajaan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Jemaah yang telah hadir adalah seramai 1,000 orang mengikut had kapasiti yang dibenarkan dan semua jemaah yang hadir wajib mengikut SOP dan mematuhi arahan pegawai dan kakitangan MWPKL bersama dengan pihak RELA yang bertugas. Pengurusan kehadiran jemaah untuk Solat Jumaat di MWPKL juga turut dipantau oleh pihak Polis Diraja Malaysia.