Kuala Lumpur,Putrajaya
3 Zulkaedah 1446  |  01 May 2025
05:43
Imsak
05:53
Subuh
07:28
Dhuha
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Prosedur Lawatan Rasmi

SYARAT & GARIS PANDUAN BAGI TUJUAN LAWATAN RASMI KE MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

CONDITION & GUIDELINES FOR OFFICIAL VISITS TO FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR MOSQUE

1.

Suatu permohonan lawatan dari agensi/sekolah yang berkenaan bagi lawatan sambil belajar/kerja hendaklah dihantar kepada pihak pengurusan masjid sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh lawatan.

 

An application for official visit must be submitted to the management of the mosque at least 2 weeks before the visiting date.

 

2.

Permohonan mestilah mengandungi maklumat penting seperti tujuan lawatan, tarikh, masa dan bilangan pelawat yang terlibat serta tentatif/aturcara lawatan pada hari berkenaan.

 

Applications should include important information such as the purpose of visit, date, time and number of visitors who are involved as well as the tentative / field trip for that day.

 

3.

Penyediaan jamuan makan adalah di atas budibicara pihak pengurusan masjid dan sebarang permohonan sumbangan jamuan adalah tidak digalakkan.

 

Preparation of meals is at the discretion of the management of mosque and any application banquet contribution is not recommended.

 

4.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhak menarik balik persetujuan bagi menerima lawatan tanpa memberikan sebarang alasan atau notis terlebih dahulu.

 

Federal Territory Of Kuala Lumpur Mosque right to withdraw consent to receive visits without giving any reason or prior notice.

 

5.

Pihak Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah dimaklumkan terhadap sebarang pindaan mengenai tarikh dan masa atau pembatalan lawatan.

 

The management of Federal Territory Of Kuala Lumpur Mosque shall be notified to any amendment of the date and time of visit or cancellation.

 

6.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kecederaan, kehilangan nyawa, kehilangan @ kerosakan peralatan atau kos tambahan yang ditanggung semasa melawat ke masjid ini.

 

Federal Territory Of Kuala Lumpur Mosque will not be held responsible for any injury, loss of life, loss @ damage to equipment or additional costs incurred during the visit to the mosque.

 

7.

Segala aktiviti melawat terutamanya bergambar mestilah dipastikan tidak mengganggu jemaah yang beribadat di masjid. Sekiranya aktiviti ini didapati mengganggu jemaah, pihak pengurusan dan pengawal keselamatan berhak untuk menegur serta melarang aktiviti yang berkaitan.

 

All visiting activities especially posing must be not interfere pilgrims pray at the mosque. If these activities are found to interfere with the congregation, management and security guards the right to rebuke and prohibit activities related.

 

8.

Pelawat dilarang untuk mengalih atau merosakkan sebarang harta awam, bunga atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sepanjang sesi lawatan.

 

Visitors are forbidden to remove or damage any public property, flowers or plants are found along the visit.