PROGRAM DISAYANGI : LAWATAN MAHABBAH KE PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH
19.9.2017
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) telah mengadakan ziarah mahabbah ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berikutan tragedi kebakaran yang berlaku pada 14 September 2017 yang telah meragut nyawa seramai 21 orang pelajar dan 2 orang guru.
Ekoran daripada itu, pihak Masjid Wilayah Persekutuan telah membuka tabung derma pada 15 September 2017 (Jumaat) bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa dan pusat tahfiz tersebut. Sebanyak RM10,000.00 hasil daripada sumbangan jemaah Masjid Wilayah Persekutuan telah disampaikan oleh YBRS. TUAN HAJI YUSOF BIN MAMAT, Timbalan Pengarah Operasi JAWI diiringi oleh YBRS. TUAN HAJI ZAKARIAH BIN ISA, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan.
Semoga ianya dapat meringankan bebanan dan membantu pusat tahfiz tersebut untuk kembali meneruskan perjuangan dalam memartabatkan Al-Quran serta mendidik anak bangsa