Kuala Lumpur,Putrajaya
6 Rabiul Akhir 1446  |  10 October 2024
05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:03
Zohor
16:17
Asar
19:03
Maghrib
20:13
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Piagam Pelanggan

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan berperanan sebagai agensi, pusat pentadiran dan operasi agama di peringkat negeri Wilayah Perskutuan dan bersungguh-sungguh memberi perkhidmatan dalam hal ehwal agama yang merangkumi pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang syariah, dakwah, pendidikan Islam, pengurusan masjid, pembangunan dan penyelidikan serta pentadbiran dan kewangan jabatan secara cekap profesional.   

                                                                    LOGO MW 
  MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

 
Kami berjanji akan berusaha untuk menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai sebuah institusi yang unggul dalam segenap aspek mematuhi undang-undang dan arahan-arahan berkaitan dengan kewangan, pentadbiran dan integriti seperti berikut:

1

Menyediakan tempat ibadah yang selesa dari aspek kebersihan dan keselamatan untuk para jemaah.

2

Merancang dan menyediakan program peningkatan ilmu dan pengimarahan Masjid seperti Kelas Pengajian, Forum, Ceramah, Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam dan urusan rasmi negara.

3

Meningkatkan mutu pentadbiran dan sumber kewangan yang diperolehi melalui sumbangan orang ramai dan dimasukkan   ke dalam Akaun Amanah Masjid.

4

Menyediakan kemudahan perpustakaan yang selesa dan kondusif untuk kemudahan rujukan orang awam dalam menambahkan ilmu pengetahuan dan membuat kajiselidik.

5

Menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai pusat silaturrahim dan menerima kehadiran para jemaah dan para pelawat  dengan mesra.

6

Memastikan azan akan berkumandang setiap kali masuk waktu solat dan memastikan Imam dan Bilal sentiasa bersedia untuk menunaikan solat solat berjemaah serta berusaha menarik minat para jemaah untuk bersolat di masjid.

7

Mewujudkan hubungan dua hala dengan mana-mana badan kerajaan, swasta dan NGO dalam melaksanakan program-program secara kerjasama bersama

8

Menyediakan pakej perkhidmatan pengurusan jenazah yang cekap bagi mengendalikan kes-kes kematian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di luar kawasan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

9

Menyediakan kemudahan kelas pengajian dan pendidikan agama yang berkualiti di peringkat asas dan rendah kepada kanak-kanak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan wujudnya Tadika Islam dan Sekolah Rendah Agama.

10

Menyediakan perkhidmatan Jurunikah dan kemudahan Dewan Pernikahan kepada penduduk Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan luar kawasan dengan syarat-syarat tertentu.