Perkhidmatan Wifi
PENGENALAN :
Internet kini menjadi salah satu medium yang amat penting untuk berkomunikasi sama ada jarak jauh atau dekat. Penghantaran dan penyemakan dokumen-dokumen kerja, tugasan belajar dan emel menjadi rutin harian yang kadangkala terpaksa dilakukan diluar rumah atau pejabat. Selain itu, pasca Covid menyaksikan kemudahan internet adalah satu keperluan yang penting dan signifikan kepada manusia secara keseluruhan.
Sehubungan itu, pihak Masjid Wilayah Persekutuan kini menyediakan kemudahan “WIFI” kepada semua pengunjung. Kemudahan ini disediakan agar membolehkan para Jemaah menyelesaikan sesetengah kerja harian di masjid.
Lokasi :
a. Anjung A
b. Anjung B
c. Kiosk MWPKL
d. Perpustakaan
e. Dewan Muslimin