Pengenalan (sosial)
PENGENALAN |
Program social dan komuniti ini adalah di bawah penyeliaan Cawangan Kebajikan dan Sosial Masjid Wilayah Persekutuan. Program perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para Jemaah masjid dan orang awam untuk mendapatkan nasihat dan pandangan berkenaan dengan permasalahan seperti Nasihat Agama, Rawatan Islam, Khidmat Nasihat Masalah rumahtangga dan Guaman Syarie. Pihak masjid akan menyediakan mereka yang pakar dalam bidang tersebut untuk menyampaikan perkhidmatan tersebut. Lokasi perkhidmatan telah disediakan iaitu di bilik Khidmat Sosial di Anjung B.