VISI ,MISI, MOTO DAN LOGO
VISI Berperanan Sebagai Pusat Ibadah Yang Unggul Dari Segi Pengimarahan Dan Pembangunan Ke Arah Melahirkan Ummah Yang Bertaqwa |
MISI Melaksanakan Pengurusan Masjid Yang Berkualiti Bagi Merealisasikan Penghayatan Islam Sebagai Ad-din Melalui Aktiviti Pengimarahan |
MOTO Memasjidkan Masyarakat Dan Memasyarakatkan Masjid |
LOGO
RASIONAL LOGO MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Rekabentuk logo dihasilkan bagi menggambarkan identiti dan imej korporat Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta memberi gambaran mengenai peranan, fungsi dan tanggungjawabnya.
Beberapa elemen diterapkan dalam penghasilan logo. Elemen utama adalah silhouette bentuk masjid wilayah yanag digambarkan secara kontras. Ia secara jelas memaparkan keindahan rupa masjid yang tersergam indah dan cukup dikenali masyarakat umum. Imej ini juga melambangkan peranan dan tanggungjawab dalam memastikan kesucian masjid sentiasa dipelihara dari segi kebersihan, keindahan bangunan, landskap dan sebagainya.
Elemen seterusnya ialah dua jalur berwarna merah di bahagian bawah iaitu simpilkasi imej kitab suci Al-Quran yang menjadi teras dan pegangan hidup umat islam. Imej ini mencermikan peranan pihak Masjid Wilayah yang aktif dan progresif dalam program dan aktiviti dakwah yang dapat mengimarahkan masjid serta mengembangkan syiar islam. Ia juga menjelaskan lagi peranan masjid ini sebagai sebuah pusat pengembangan ilmu.
Imej bulatan sebagai latar belakang membawa maksud sifat muafakat dan kerjasama dalam memelihara dan mengimarahkan masjid. Ia juga menggambarkan peranan masjid ini bukan setakat untuk beribadat, tetapi sebagai sebuah institusi yang berupaya menyatupadukan umat islam.
Tiga warna dipadankan dalam ciptaan logo. Selain sebagai satu gabungan warna rasmin bendera Wilayah Persekutuan, Merah melambangkan kekuatan dan semangat berterusan, iaitu dalam konteks menjalankan program dakwah dan mengembangkan syiar islam. Biru mencerminkan sifat muafakat, perpaduan dan kerjasama. Manakala warna kuning membawa maksud sifat dinamik dan progresif dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab.