Lawatan Sambil Belajar Peserta Kursus Intensif Saudara Baru
12.5.2017
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah mengadakan lawatan sambil belajar sempena dengan Kursus Intensif Fardu Ain Saudara Baru Peringkat Lanjutan Siri 1 / 2017 ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di dewan jamuan muslimat. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yg.Brs Tuan Haji Zakariah Isa, Imam Besar MWPKL manakala taklimat lawatan telah di sampaikan oleh Us.Baharuddin Idris, Penolong Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan MWPKL.