Lawatan Mahabah ke Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah
29.3.2017
Cawangan Khidmat Sosial dan Kebajikan Masjid Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Disayangi Lawatan Mahabbah ke Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah yang terdiri daripada seramai 30 orang anak-anak saudara baru, miskin dan gelandangan. Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan MWPKL yang diketuai oleh Imam Besar Tuan Haji Zakariah Isa telah turut serta dalam program tersebut.
Tujuan program ini adalah untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada penghuni seperti sabun basuh kain, rak kasut, milo, susu, gula, cadar, tuala mandi, kasut sekolah dan alat tulis. Program dimulakan dengan sesi ramah mesra pangasas dan penghuni rumah berkenaan dan diikuti taklimat ringkas oleh pengasas pertubuhan tersebut Puan Zurina bt Zainuddin dan diakhiri dengan majlis penyampaian sumbangan oleh Tuan Haji Zakariah Isa.
Semoga program seumpama ini dapat meringankan bebanan dan meningkatan hubungan silatulrahim antara warga MWPKL dengan golongan masyarakat khususnya mereka yang memerlukan.