BAIT AL RIZQ

PENGENALAN

 

Program ini adalah kesinambungan kewujudan program JAWI FOODBANK yang telah diadakan sebelum itu. Sebagaimana tujuan kewujudan Jawi Foodbank, Bait al-Rizq juga berperanan menjadi orang tengah di antara penyumbang kepada golongan fakir miskin dan mereka yang memerlukan di sekitar Wilayah Persekutuan. Seorang sukarelawan masjid telah bersetuju untuk menyumbang pembinaan stor barangan sumbangan dengan anggaran kos RM 40,000.00. Urusan ini telah diseliakan oleh Cawangan Kebajikan dan Sosial MWPKL untuk menjayakan program ini.

Bait al-Rizq ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Mujahid bin Yusuf sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) pada 29 April 2019 di stor khas di Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan. Antara sumbangan yang disediakan adalah seperti beras, tepung, gula, minyak masak, sardine, kicap, sos dan lain-lain lagi. Selaian itu terdapat juga barangan keperluan lain seperti lampin pakai buang, sabun dan lain-lain. Namun begitu penyediaan barangan tersebut bergantung kepada dapatan sumbangan orang ramai.

Operasi penyampaian yang dijalankan adalah melalui datang terus ‘Walk In’ atau penyampaian sumbangan bersasar, iaitu pihak masjid telah mengenalpasti sasaran terlebih dahulu kemudian diadakan serahan dilapangan.

Hubungi pihak Masjid Wilayah Persekutuan :

Us. Syapol Ma'arof : 03-62018791/ 8767/ 8780
Email : masjidwp@jawi.gov.my

 

Klik disini Klik disini Klik disini Klik disini Klik disini Klik disini
Klik disini Klik disini Klik disini Klik disini Klik disini Klik disini