LATAR BELAKANG
LOGO SEKOLAH
SEJARAH PENUBUHAN
Sekolah Rendah Agama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur ialah merupakan sebuah sekolah di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI). Sekolah ini telah dibuka pada 07 Januari 2002. Dengan diberi nama Sek. Ren. Agama Masjid Wilayah Persekutuan bersesuaian dengan kedudukannya di dalam Masjid Wilayah Persekutuan pada Aras 2 di Anjung D.Pada peringkat awal sekolah ini beroperasi hanya seramai 150 orang pelajar dan 6 orang guru sahaja. Namun begitu , berlaku peningkatan dan pertambahan pelajar dari setahun ke setahun. Sehingga kehari ini (2023), jumlah pelajar adalah seramai 710 orang dan guru seramai 21 orang dengan 18 buah kelas. Sekolah ini dibuka adalah dengan permintaan dari masyarakat setempat yang menginginkan anak-anak di bawah jagaan mereka mendapat didikan agama khususnya dalam menghadapi berbagai cabaran yang mendatang. Dengan segala kemudahan insfrastuktur dan prasarana yang lengkap membuatkan sekolah ini sentiasa menjadi pilihan ibubapa.
Falsafah Sekolah
Bahawasanya sekolah ini berkeyakinan dan berkeupayaan menyediakan tenaga kerja yang bertanggungjawab terhadap kecemerlangan dan kegemilangan sekolah.
- Berkeyakinan dan kesungguhan dalam memberi ilmu.
- Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara
Motto
“ ILMU IMAN ASAS KECEMERLANGAN “
Visi
Berusaha menjadikan SRAMWP sebuah Institusi pendidikan yang berwibawa bagi memenuhi keperluan masyarakat serta berkemampuan melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu,beriman, beramal dan berakhlak mulia serta mampu berdikari.
Misi
Bahawa sesungguhnya Misi Sek.Ren.Agama Masjid Wilayah Persekutuan ialah untuk mempertingkatkan potensi pencapaian berkesan dan terancang melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam setiap aspek pendidikan untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia. Serta :-
- SRAMWP berusaha ke arah Sekolah Agama Nombor Satu di JAWI
- Menjadikan SRAMWP contoh cemerlang dalam Pendidikan Agama