5 DISEMBER 2022M | 10 JAMADILAWAL 1444H (ISNIN) – Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) telah mengadakan lawatan kerja ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBKK) bersama 44 pegawai Masjid, yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut hadir bersama Imam Besar MWPKL, Tuan Haji Rozimi Bin Zamri, beserta Mantan Imam Besar MWPKL, Tuan Haji Muhyiddin Bin Aziz.
Lawatan ini disambut dengan meriah oleh pelajar2 tahfiz dan pameran berkaitan MBKK. Taklimat berkaitan MBKK disampaikan oleh
Ybhg. Datuk Haji Jamal Bin Tun Haji Sakaran, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Lawatan ini termasuk di dalam Kursus Retreat Pegawai MWPKL 2022 di Kota Kinabalu, Sabah.
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
3 DISEMBER 2022M | 8 JAMADILAWAL 1444H (SABTU) – Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) telah mengadakan Kursus Kerja Semarak Berpasukan bagi membincangkan hala tuju program dan aktiviti MWPKL bagi tahun 2023. Program ini telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat Latihan Islam Kundasang (ILIM).
Selain itu, program ini juga dilaksanakan bagi mengukuhkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara warga MWPKL dengan melakukan acara berpasukan.
Majlis Apresiasi turut diadakan bagi menghargai jasa bekas kakitangan MWPKL yang pernah berkhidmat di MWPKL, yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.
Disediakan oleh:
Cawangan Khidmat Pengurusan,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
17 NOVEMBER 2022M | 22 RABIULAKHIR 1444H (KHAMIS) – Pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M yang berlangsung pada 15 -17 November 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, barisan Jemaah Hakim Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M telah membuat ketetapan berdasarkan pencapaian para qari, qariah, hafiz dan hafizah terbaik sebagaimana berikut: -
1. Bahagian Qari :
a) Johan - Encik Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad;
b) Naib Johan - Encik Muhammad Ammar Mukhlis bin Abdul Mohsin; dan
c) Tempat ketiga - Dr. Khalid bin Isa.
2. Bahagian Qariah :
a) Johan - Puan Noorul Hasliza binti Haji Ahmad;
b) Naib Johan- Puan Rosnani binti Mohmad;dan
c) Tempat Ketiga - Puan Kamariah binti Yusof.
3. Bahagian Hafazan:
a) Johan Kategori 1 -10 Juzuk (Lelaki) - Saudara Muhammad Fahim Bin Shari;
b) Johan Kategori 1-10 Juzuk (Perempuan) - Saudari Asma' Athirah binti Ismail,
c) Johan Kategori 1-20 Juzuk (Lelaki)- Saudara Muhammad Amzar Muzakkir bin Md Lela ;
d) Johan Kategori 1-20 Juzuk(Perempuan)- Saudarai Maryam binti Razali ;
e) Johan Kategori 1-30 Juzuk(Lelaki) - Saudara Muhammad Fahmi bin Bukhari ;
f) Johan Kategori 1-30 Juzuk (Perempuan) - Saudari Athirah Salihah binti Al-Azmi
Pemilihan pemenang dibuat adalah berdasarkan kriteria penghakiman mengikut bidang iaitu Tajwid, Tarannum, Fasohah dan Suara bagi kategori TilawahAl-Quran, manakala bagi kategori Hafazan Al-Quran pula penghakiman berdasarkan bahagian Hafaz dan Lancar, Tajwid, Fasohah, Tarannum, Suara dan Persembahan serta bidang Tafsir.
Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai, sijil penghargaan dan piala iringan, Johan qari dan qariah turut menerima hadiah pakej tunai menunaikan umrah. Manakala johan hafazan Kategori 1-30 Juzuk (Lelaki /Perempuan)menerima hadiah pakej umrah tajaan Andalusia Travel & Tour dan Syarikat ZIKAY Group.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mewakili Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Turut serta pada majlis tersebut ialah Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan yang diiringi oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 15- 17 November 2022 dengan penyertaan seramai 40 orang peserta.
Disediakan oleh:
Text berita : Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Gambar : Unit Komunikasi Korporat, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
19 OKTOBER 2022M | 22 RABIUL AWWAL 1444H (RABU) – Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan daripada IACT College, Petaling Jaya, Selangor. Lawatan ini dihadiri seramai 38 orang pelajar dan diketuai oleh Encik Irwan Marlius selaku pensyarah di kolej tersebut. Ketibaan mereka disambut oleh pemandu pelancong MWP dan diberi sedikit taklimat awal sebelum dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memenuhi salah satu daripada pengisian subjek “Study Of Religions” di samping melibatkan pelajar-pelajar dengan suasana ‘rumah terbuka’ di Masjid Wilayah Persekutuan. Pelajar-pelajar ini rata-ratanya datang daripada pelbagai agama dan latar belakang berbeza bagi melihat dan merasai sendiri keindahan senibina masjid dan mempelajari Islam secara umum.
Lawatan ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan sesi bergambar dan pemberian cenderahati kepada setiap pelajar. Semoga dengan lawatan ini dapat memberi pengalaman dan menambah pengetahuan kepada setiap pelajar-pelajar ini.
Disediakan oleh:
Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
14 Oktober 2022 (Jumaat) – Seramai 30 peserta latihan Tourist Guide bersama Pengarah Penyelidikan Dan Latihan ITC, Puan Nor Alyssa Caroline Binti Yussin hadir ke dewan Muslimat Masjid Wilayah Persekutuan. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta latihan tentang Peranan Masjid dan Keunikan Senibina Masjid Wilayah Persekutuan. Turut hadir 5 orang sukarelawan MTP MWP yang memberi penerangan kepada mereka tentang senibina masjid dalam sesi lawatan berkumpulan
Disediakan oleh:
Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur