12.2.2020
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan rahmah ke Maahad Tahfiz Al-Quran Dhiya Lilbanat bertempat di Kuala Kubu Baru Selangor yang merupakan antara siri lawatan dalam Program Disayangi Siri 1/2020
23.9.2019
Pihak pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan kerja ke Yayasan Pendidikan Al-Quran Bagi Anak Istimewa ( FAQEH )
4 & 5.9.2019
Program Lawatan Mahabbah Masjid Wilayah Persekutuan 2019 anjuran Cawangan Kebajikan dan Sosial MWPKL telah diadakan di Hospital Selayang bagi siri 1 dan Hospital Sungai Buloh bagi siri 2.
5.4.2019
Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muqarrabin Gong Kepas Besut, Terrengganu dengan kerjasama Lienadia Groups ( Ekspress Perdana ) telah mengadakan lawatan ke Masjid Wilayah Persekutuan. Ketibaan rombongan seramai 40 orang yang terdiri dari gabungan ahli-ahli jawatankuasa 10 buah masjid di Besut telah disambut di dewan jamuan oleh Us.Mohd Zuhairee bin Mohd Yatim, Penolong Pengarah Kanan Unit Perhubungan dan Keurusetiaan.
Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan kerja Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid Mahmoodi dari Bachok, Kelantan yang terdiri seramai 35 orang peserta.