19.6.2020
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Solat Jumaat yang pertama sejak ditutup apabila arahan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) diumumkan oleh pihak kerajaan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.
30.4.2020
Sesi Nota Serah Tugas Imam Besar diantara Tuan Haji Ehsan bin Mohd Hosni dan Tuan Haji Muhyidin bin Aziz@Saari yang dilantik menggantikan beliau telah diadakan secara ringkas di bilik mesyuarat Al-Khawarizmi. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Tuan Haji Ehsan bin Mohd Hosni diatas khidmat beliau sebagai Imam Besar MWPKL.
11.3.2020
Unit Pelancongan MWPKL telah mengadakan ceramah bertajuk COVID 19 “Selamatkah Anda” bertempat di dewan muslimat yang telah disertai oleh sukarelawan-sukarelawan pelancongan MWPKL. Ceramah telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr.Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam.
26.2.2020
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi BAIT RIZQ Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) dan Team Food Bank JAWI telah mengadakan Ziarah ke rumah dua keluarga asnaf bertempat di PPR Sri Perak dan Taman Beringin Jinjang Kuala Lumpur.
20.2.2020
Unit Pelancongan Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) telah mengadakan ZIARAH RAHMAH Sukarelawan MTP. Program ini telah disertai oleh empat (4) orang pegawai masjid dan tiga (3) orang wakil MTP yang diketuai oleh USTAZAH NOR FADHILAH BINTI ZAKARIA, Penolong Pengarah Kanan Masjid Wilayah Persekutuan.