Lawatan ke Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja ( KEWAJA )
22.12.2010
Unit Kebajikan dan Sosial Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Sehari Disayangi bersama Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja ( KEWAJA ) yang terletak di Batu Caves Selangor. Rombongan dari Masjid Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Zakariah bin Isa, Imam Besar MWP telah disambut oleh Encik Yahya bin Mohamad Yusof, Pengerusi KEWAJA. Program berbentuk ceramah motivasi dari penceramah jemputan telah diatur bagi mengisi program tersebut. Yg. Bhg. Imam Besar juga telah turut sudi meyampaikan sumbangan kepada 80 orang penghuni pusat sebelum program berakhir.