Lawatan Mahabah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
4.4.2017
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWP) telah menganjurkan Program Ziarah Mahabbah Ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan MWPKL yang diketuai oleh Imam Besar, TUAN HAJI ZAKARIAH BIN ISA telah menyertai program ini.
Program dimulai dengan lawatan dan menyampaian cenderahati kepada seramai 100 orang pesakit di Wad Ortopedik dan onkologi dan diikuti dengan sesi beramah mesra dengan YBHG. DR. ISKANDAR BIN AHMAD, Timbalan Pengarah (Pengurusan), PPUM. Program ini berakhir dengan penyampaian sumbangan berupa 50 unit telekung dan 30 unit sejadah (untuk ditempatkan di Masjid dan Surau-surau di PPUM.
Semoga program seumpama ini dapat menanam sikap prihatin di kalangan pegawai dan kakitangan MWPKL untuk terus membantu golongan yang memerlukan.