Pertandingan Mencipta Logo
Pertandingan Mencipta Logo
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) sedang menganjurkan pertandingan mencipta logo rasmi Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 2 September 2013 hingga 29 November 2013.
Syarat – Syarat Pertandingan
1. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Objektif pertandingan ini adalah bagi memilih satu logo rasmi untuk digunakan oleh Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2. Reka bentuk mestilah baru dan asli serta memaparkan juga imej sebagai sebuah masjid.
3. Penyertaan reka cipta logo boleh direka menggunakan tidak melebihi 3 jenis warna.
4. Reka bentuk hendaklah menggambarkan identiti dan imej korporat Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta memberi gambaran grafik yang amat berkesan kepada Organisasi.
5. Reka cipta boleh dilukis dengan tangan (free hand) atau grafik komputer.
6. Reka cipta hendaklah dihantar dalam bentuk:
a. Cetakan di atas kertas A4 dan ditampalkan di atas kertas tebal berukuran A3 dan
b. Disertakan penerangan serta perincian setiap warna dan bentuk yang digunakan dalam rekaan logo.
c. ‘soft copy’ dalam format ‘Jpeg’.
7. Semua rekaan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Rekaan boleh digunakan semula oleh Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tanpa sebarang syarat.
8. Para peserta boleh mendapatkan maklumat asas berkaitan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di laman web rasmi iaitu www.masjidwilayah.gov.my
9. Penyertaan adalah percuma. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan menggunakan borang yang disediakan.
10. Pihak pengajur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa kos bahan lukisan yang dihantar oleh peserta.
11. Keputusan pertandingan akan dibuat oleh jemaah pengadil yang akan dilantik oleh Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan keputusan adalah muktamad. Semua pemenang akan dimaklumkan secara bertulis.
12. Penyertaan hendaklah sampai ke tangan pihak penganjur selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang 29 November 2013. Penyertaan yang diterima selepas dari waktu dan tarikh tersebut tidak diterima.
13. Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima dari peserta yang menyertai pertandingan ini.
14. Penilaian akan dijalankan melalui penelitian susunatur logo yang dihantar kepada urusetia pertandingan mencipta logo MWPKL. Kriteria – kriteria yang diambil kira adalah seperti mana berikut:
a. Keaslian
b. Penerangan Logo
c. Kesesuaian dengan identiti sebuah Masjid
d. Pemilihan warna
e. Kreativiti
15. Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini.
16. Johan pertandingan akan menerima wang tunai berjumlah RM 3,000.00 serta Sijil Penghargaan. Lima (5) pemenang saguhati akan menerima wang tunai RM 500.00 setiap seorang serta Sijil Penghargaan. Pemenang hanya layak menerima satu daripada hadiah-hadiah yang ditawarkan sahaja.
17. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan muktamad oleh panel penilai. Panel penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang disertai sekiranya perlu dan logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penyertaan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
(sebelum jam 5.00 petang 29 November 2013)
Urusetia.
Pertandingan Mencipta Logo
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jalan Duta,
50480, Kuala Lumpur
Perhatian:
1. Hendaklah ditulis nama dan alamat pengirim (peserta) di belakang sampul penyertaan.
2. Pastikan setiap sampul penyertaan yang dihantar mengandungi empat (4) perkara;
a. Lakaran logo yang hendak dipertandingkan
b. Penerangan dan perincian lakaran (Sertakan dalam helaian berlainan).
c. Borang penyertaan
d. CD yang mengandungi ‘softcopy’ lakaran dan penerangan logo.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi;
No.Telefon :
03-62018791 / 8767 Samb.
147 (Oslan Affandi B Abdullah)
139 (Khuzaihan B Zakaria)
141 (Norhafizah Bt Selamat)
110 (Eddy Ezrul B Abdul Majid)
No.Faksimili : 03-62018790
Sila Klik Disini Muat Turun