Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan
30.7.2011
Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan, Masjid Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Sambutan Kedatangan Ramadhan Mubarak 1432H Bersama Anak Yatim dan Golongan Miskin bertempat di Dewan Serbaguna MWP. Majlis dimulakan dengan sesi ceramah khas sempena bulan Ramadhan dan perasmian telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Imam Besar MWP Tuan Haji Zakariah bin Isa.
30.7.2011
Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan, Masjid Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Sambutan Kedatangan Ramadhan Mubarak 1432H Bersama Anak Yatim dan Golongan Miskin bertempat di Dewan Serbaguna MWP. Majlis dimulakan dengan sesi ceramah khas sempena bulan Ramadhan dan perasmian telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Imam Besar MWP Tuan Haji Zakariah bin Isa. Para hadirin juga telah dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar SRA Masjid Wilayah Persekutuan. Majlis berakhir dengan penyampaian sumbangan berbentuk makanan dan pakaian kepada 400 orang terdiri dari anak-anak yatim dan golongan miskin yang telah disumbangkan oleh Masjid Wilayah Persekutuan dan syarikat-syarikat korporat.