TAKRIF WALI / KATEGORI WALI / TAKRIF WALI MENGIKUT KATEGORI
TAKRIF WALI
Bahasa : kesanggupan bertindak, mengurus atau kekuasaan mentadbir sesuatu.
Istilah : orang yang memiliki atau diberikan kuasa syara’ untuk mengakad nikah.
KATEGORI WALI
Wali nasab - wali mujbir
-wali aqrab
- wali ab’ad
Wali Raja / Wali Sultan / Wali Hakim / Wali Am
Wali Tahkim
TAKRIF WALI MENGIKUT KATEGORI
Wali nasab
Orang yang memiliki kuasa syara’ untuk mengakadnikahkan perempuan daripada keturunannya yang berasaskan pertalian darah yang sah.
Wali Mujbir
Bapa atau datuk sebelah bapa dan ke atas.
Wali aqrab
Wali yang paling dekat hubungannya dengan bakal pengantin perempuan mengikut susunan wali.
Wali ab’ad
Wali yang jauh hubungannya dengan bakal pengantin perempuan mengikut susunan wali.
Wali Raja / Wali Sultan / Wali Hakim / Wali Am
Wali yang ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atau DYMM Sultan atau Raja untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali nasab, wali ghaib atau walinya enggan mengahwinkannya tanpa sesuatu sebab yang munasabah mengikut Hukum Syara’.
Wali Tahkim*
Seseorang yang dilantik oleh pasangan pengantin untuk menjalankan akad nikah di tempat yang tiada wali nasab dan tiada Wali Raja / Wali Sultan / Wali Hakim / Wali Am dengan syarat-syarat tertentu.
*Catatan : Dalam konteks Malaysia, perkara ini tidak terpakai.