Majlis Aqiqah, Khatam Al-Quran dan Tahniq Perdana ...
- Details
- Disiarkan: 16 May 2018
5.5.2018
Majlis Aqiqah, Khatam Al-Quran dan Tahniq Perdana anjuran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diurusetiakan oleh cawangan pengimarahan bertempat di perkarangan Anjung A dan Dewan Solat Utama. Majlis aqiqah telah diadakan secara gotong-royong di perkarangan Anjung A pada waktu pagi melibatkan 10 ekor kambing dan pada sebelah malam diadakan majlis Khatam Al-Quran dan tahniq di dewan solat utama selepas solat maghrib.