Kuala Lumpur,Putrajaya
11 Zulkaedah 1445  |  20 May 2024
05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Program Ziarah Mahabbah Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) Ke Hospital Sg. Buloh

IMG 6122

9.8.2018

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menerusi Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) telah menganjurkan Program Ziarah Mahabbah Masjid Wilayah Persekutuan Ke Hospital Sg. Buloh.

IMG 6064 IMG 6099

IMG 6133 IMG 6147

IMG 6155 IMG 6171

IMG 6162 IMG 6189

Seramai 13 orang pegawai dan kakitangan MWP yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, YBHG. TUAN HAJI ZAKARIAH BIN ISA. Program dimulai dengan majlis beramah mesra dengan YBHG. DR. AMINUDDIN BIN TAUHID, Timbalan Pengarah Perubatan 1 serta pegawai dan kakitangan Hospital dan diikuti dengan taklimat ringkas oleh Timbalan Pengarah Perubatan 1 serta ucapan balas oleh imam besar Masjid Wilayah Persekutuan.

Program ini kemudian diteruskan dengan sesi penyampaian sumbangan sebanyak 50 helai telekung dan 40 helai sejadah kepada pihak hospital untuk ditempatkan di surau-surau hospital berkenaan. Kumuncak program ini adalah sesi lawatan ke Wad Perubatan (Wad 4A, 4B dan 4D Dewasa). Seramai 100 pesakit telah menerima cenderahati daripada MWP. Program berakhir dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama pegawai dan kakitangan hospital.

Semoga program seumpama ini dapat menanam sikap prihatin di kalangan pegawai dan kakitangan JAWI amnya dan warga MWP khususnya untuk terus membantu golongan yang memerlukan.

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.