Program Aktiviti Disayangi Siri 4/2018 –Majlis Kesyukuran & Ziarah Mahabbah Bersama Masyarakat Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali Selangor
17.8.2018
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (MWP) menerusi Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) dengan kerjasama Persekutuan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) telah menganjurkan Program Aktiviti Disayangi Siri 4/2018 – Majlis Kesyukuran & Ziarah Mahabbah Bersama Masyarakat Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali Selangor.
Program ini telah melibatkan seramai 35 buah keluarga orang asli. Program dimulakan dengan solat hajat diikuti dengan bacaan yasin dan bacaan doa selamat. Program diteruskan dengan ucapan oleh Imam Besar Masjid Wilayah merangkap Yang Di Pertua JAM’IYAH iaitu YBHG. TUAN HAJI ZAKARIAH BIN ISA dan ucapan perasmian oleh YM ENGKU ORANG KAYA MAHA BIJAYA REDZWA, Orang Besar Daerah Hulu Langat. Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, milo, gula, susu, biskut, kopi dan tea kepada seramai 35 keluarga orang asli yang telah disampaikan oleh Orang Besar Daerah Hulu Langat. Pihak masjid juga turut menyumbang sebanyak 40 helai sejadah dan 10 helai telekung untuk ditempatkan disurau Kg. tersebut. Akhir sekali, bagi memeriahkan majlis, para tetamu telah dipersembahkan dengan bacaan qosidah & selawat daripada pelajar Tahfiz Al-Yamani Gombak.
Semoga usaha seumpama ini dapat menanamkan sikap prihatin dan menyemaikan rasa kasih sayang di kalangan masyarakat terhadap semua golongan masyarakat.