Saiz Font

Selasa 17/09/2019 | 18 Muharram 1441

W3C ]       
Waktu Solat
W. Persekutuan
Fajar
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
logomasjid SELAMAT DATANG
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Jalan  Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-6201 8791 / 8767 / 8780    Fax : 03-6201 8790

TAKRIF WALI / KATEGORI WALI / TAKRIF WALI MENGIKUT KATEGORI

TAKRIF WALI

Bahasa : kesanggupan bertindak, mengurus atau kekuasaan mentadbir sesuatu.

Istilah    : orang yang memiliki atau diberikan kuasa syara’ untuk mengakad nikah.

 

KATEGORI WALI

Wali nasab          - wali mujbir

                              -wali aqrab

                             - wali ab’ad

Wali Raja / Wali Sultan / Wali Hakim / Wali Am

Wali Tahkim

 

TAKRIF WALI MENGIKUT KATEGORI

Wali nasab

Orang yang memiliki kuasa syara’ untuk mengakadnikahkan perempuan daripada keturunannya yang berasaskan pertalian darah yang sah.

Wali Mujbir

Bapa atau datuk sebelah bapa dan ke atas.

Wali aqrab

Wali yang paling dekat hubungannya dengan bakal pengantin perempuan mengikut susunan wali.

Wali ab’ad

Wali yang jauh hubungannya dengan bakal pengantin perempuan mengikut susunan wali.

Wali Raja / Wali Sultan / Wali Hakim / Wali Am

Wali yang ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atau DYMM Sultan atau Raja untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali nasab, wali ghaib atau walinya enggan mengahwinkannya tanpa sesuatu sebab yang munasabah mengikut Hukum Syara’.

Wali Tahkim*

Seseorang yang dilantik oleh pasangan pengantin untuk menjalankan akad nikah di tempat yang tiada wali nasab dan tiada Wali Raja / Wali Sultan / Wali Hakim / Wali Am dengan syarat-syarat tertentu.

*Catatan : Dalam konteks Malaysia, perkara ini tidak    terpakai.

 WAKTU URUSAN PEJABAT

ISNIN - KHAMIS :

8:00 PAGI - 1:00 TGH

2:00 PETANG - 5:00 PETANG

 

JUMAAT :

8:00 PAGI - 12:00 TGH

2:45 PETANG - 5:00 PETANG

 

 SABTU/AHAD DAN CUTI UMUM – TUTUP

Hadis
Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata: "Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam)."
Pengunjung
539899
Hari IniHari Ini349
SemalamSemalam597
Minggu IniMinggu Ini824
Bulan IniBulan Ini11570
JumlahJumlah539899

Visit fbetting.co.uk Betfair Review