Lawatan ke Rumah Nur Salam & Rumah Sinar Salam
- Details
- Disiarkan: 21 Disember 2010
Program Sehari Disayangi ke Rumah Nur Salam & Rumah Sinar Salam anjuran Unit Kebajikan dan Sosial Masjid Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 16 Disember 2010. Program ke Rumah Nur Salam yang terletak di Jalan Chow Kit telah disertai oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Zakaria b Isa, Imam Besar MWP yang turut meyampaikan bantuan berupa beg dan barang keperluan sekolah kepada penghuni rumah tersebut.. Pada sebelah petang pula Program diteruskan ke Rumah Sinar Salam yang terletak di Lorong Haji Taib Kuala Lumpur. Program diteruskan dengan sesi ceramah dan penyerahan bantuan berupa telekung dan barangan keperluan harian telah disampaikan oleh Ustazah Norhafizah bt Selamat koordinator bagi program tersebut.