Lawatan Mahabah Bil Hal Ke Hospital Orang Asli Gombak
- Details
- Disiarkan: 19 Jun 2013
12.6.2013
Siri Lawatan Mahabah Bil Hal Ke Hospital Orang Asli Gombak telah dianjurkan oleh Cawangan Kebajikan dan Sosial MWPKL. Mengetuai lawatan tersebut ialah Tuan Hj. Zakariah bin Isa, Imam Besar MWPKL bersama-sama ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Hj. Hamdy bin Abd Basek dan Puan Hjh Azizah bt Che Hassan dan juga pegawai-pegawai pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan KL. Kehadiran ahli rombongan telah disambut oleh Ketua Seksyen Pergigian, Dr. Nur Misuari bersama-sama pegawai-pegawai dan kakitangan hospital. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan diteruskan dengan menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan di wad.