Program Ibadah Korban 2019
- Details
- Disiarkan: 13 Ogos 2019
- Hits: 467
11.8.2019
Program Ibadah Korban 2019 sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Masjid Wilayah Persekutuan telah diadakan di perkarangan Anjung A selepas solat sunat Aidiladha.
Sebanyak 10 ekor lembu dan 10 ekor kambing telah dikorbankan pada hari tersebut melibatkan seramai 120 orang petugas menguruskan proses pengagihan daging. Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari selepas solat Zohor.