Majlis Mahabbah Aidilfitri 2019 / 1440H
- Details
- Disiarkan: 04 Julai 2019
- Hits: 513
25.6.2019
Majlis Mahabbah Aidilfitri Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan di perkarangan Anjung A bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Majlis tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau yang diiringi oleh Yg Brs Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Pada majlis tersebut sebanyak 20 buah gerai makanan dengan pelbagai menu yang diantaranya ditaja oleh panel-panel katering MWPKL telah dihidangkan kepada tetamu yang hadir.