Majlis pembukaan kaunter bantuan Bait Al Rizq MWPKL
- Details
- Disiarkan: 29 April 2019
- Hits: 1024
29.4.2019
Majlis pembukaan kaunter bantuan Bait Al Rizq MWPKL dibawah program “Food Bank JAWI” telah disempurnakan dengan rasminya oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di Anjung C MWPKL.
Majlis diadakan secara ringkas bersempena dengan kehadiran beliau merasmikan majlis “Marhaban Ya Ramadan” bertempat di dewan serbaguna MWPKL pada hari yang sama. Beliau juga turut menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada asnaf yang hadir sebagai tanda simbolik perasmian kaunter tersebut.