Program Aqiqah, Khatam Al-Quran dan Tahniq
- Details
- Disiarkan: 29 April 2019
- Hits: 549
27.4.2019
Program Aqiqah, Khatam Al-Quran dan Tahniq Perdana anjuran Cawangan Pengimarahan MWPKL telah diadakan bertempat di perkarangan Anjung A dan Dewan Solat Utama pada hari yang sama.
Program Aqiqah telah diadakan pada sebelah pagi di perkarangan Anjung A melibatkan sebanyak 10 ekor kambing biri-biri dan seekor lembu yang diuruskan secara gotong-royong, manakala majlis Khatam Al-Quran dan Tahniq diadakan selepas solat fardhu Maghrib.